D Ra Ie Services Sdn Bhd (sebelum ini D Rai Services Enterprise) merupakan syarikat milik Bumiputera yang telah berdaftar sejak tahun 2016. Bermula dengan syarikat Enterprise kami mula melangkah dari tahun 2005 bagi menyambut baik saranan kerajaan agar Bumiputera harus aktif terlibat dalam bidang perniagaan dan perkhidmatan, kami di D Ra Ie Services Sdn Bhd akan sentiasa memastikan prestasi kami berada di tahap yang memuaskan serta berusaha mempertingkatkan kebolehan kami dalam bidang yang kami ceburi.
Objektif penubuhan syarikat kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memuaskan pelanggan-pelanggan kami bersandarkan kepada kebolehan dan keupayaan kami terutama sekali di dalam bidang yang kami ceburi ini. Kami ingin memastikan syarikat kami selaku syarikat Bumiputera mampu melangkah lebih jauh di dalam mempersembahkan perkhidmatan yang cemerlang untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan kami di semua sektor mahupun perseorangan.
VISI & MISI
Visi
Peneraju syarikat berkenaan pembersihan di peringkat antarabangsa
Misi
i. Memberikan perkhidmatan terbaik lepada pelanggan
ii. Meningkatkan kebolehupayaan dalam memberikan perkhidmatan berkualiti dari masa ke semasa
iii. Menjangkau penghantaran perkhidmatan setempat hingga antarabangsa
iv. Membina jaringan ekslusif bersama perniagaan lain
v. Menyebar luaskan sisten perkhidmatan berkesan kepada semua pelanggan